Friday, January 7, 2011

CARA-CARA MEMASAK DAGING MASAK HITAM KAK MEK


Okay Puan2 dan tuan.........(ikut gaya chep Wan..huhu )

Baiklah hari ni kita nak belajar cara memasak DAGING MASAK HITAM KAK MEK


BAHAN-BAHAN

  1. 1KG DAGING / SEEKOR AYAM
  2. 1 PEKET REMPAH MASAK HITAM KAK MEK (pastinya)
  3. 1 INCI HALIA
  4. 10 ULAS BAWANG MERAH
  5. 1/2 BIJI KELAPA DI BUAT KERISIK
  6. 3 SUDU BESAR GULA
  7. 3 SUDU BESAR KICAP PEKAT
  8. SEDIKIT AIR ASAM JAWA/CUKA
  9. GARAM SECUKUP RASA

BAHAN NO 3 DAN 4 PERLU DI BAHAGI DUA BAHAGIAN,

  • SATU BAHAGIAN DIMAYANG ( UNTUK DITUMIS)
  • SATU BAHAGIAN DI MESIN BERSAMA 2 LABU BAWANG BESAR (KEMUDIANNYA DIGAUL DGN REMPAH MASAK HITAM KAK MEK )

CARA MEMASAKNYA....

GAULKAN REMPAH MASAK HITAM KAK MEK DENGAN BAHAN-BAHAN DI ATAS KECUALI ASAM JAWA/CUKA DAN GARAM. TUMISKAN BAHAN PENUMIS YANG TELAH DIMAYANG SAMPAI WANGI DAN KUNING. KEMUDIAN MASUKKAN REMPAH MASAK HITAM YANG TELAH DIGAUL TADI. APABILA SUDAH CUKUP MASAK, BARULAH MASUKKAN DAGING DAN 2 GELAS AIR. SETELAH DAGING HAMPIR EMPUK MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA BESERTA AIR ASAM JAWA/CUKA. TUNGGU SEHINGGA AIR SEDIKIT KERING BARULAH ANGKAT UNTUK DIHIDANGKAN.

(P/S....makan dgn nasi panas sedap nih......huhu )

Kan senang buatnya...............yang susah sebenarnya nak buat Perencah dia...kan KAK MEK dah jual...beli jerk...terus masak.....




Wednesday, January 5, 2011

ENTAHLA......

hay all

apa khabar

dah lama tak buka blog aku

sampai lupa pasword

hahahah

but now aku KEMBALI

bukan apa aku nak promote PERENCAH MASAK HITAM KAK MEK ni, yang ni resepi tradisional...aku dgn mymom buat sendiri tau...we all main tumbuk-tumbuk taknak pakai machine sbb nak kekalkan cara tradisional supaya lebih feel dan sure menyelerakan.....

so U all boleh beli sebungkus kalau nak rasa............kalau tak reti buat kat Perencah tu ada disertakan cara-cara memasknya ikut resepi sebenar MyMom..kalau tak tahu jugak call jerk nombor tu...MyMom ajar terus by phone.....

so U all cuba la...sebungkus singgit (RM1.50) tak mahal.......

Kalau berminat just Call me or myMOm okay.....

tata titu tatta











Monday, August 2, 2010


hahahaha.....

inila lebih kurang rupanya DAGING MASAK HITAM yang akan aku show kan utk korang....
Tapi, buat masa ni..camera adik aku pinjam, so tak bleh nak amik gambor laie...
MY MOM pun busy tak sempat nak amik resepi
sabor yerp.......
YUMMY...sedapnya makan ngan lemang panas atau nasi panas nih weh......

Sunday, August 1, 2010

akhirnya kini pasti

hahahhaahh

setelah sekian lama memikior ( bahasa org perak untuk memikir)apa yang boleh menghangatkan blog aku, baru aku tersedar satu bab iaitu MAKAN, memandangkan aku kategori pemakan so the best solution untuk aku punya blog ialah idea masakan.......
kat sini leh la aku share cara-cara memasak dengan betul, camna nak pegang senduk, camna nak campak garam, itu semua boleh kita share share kat blog aku.....sapa sapa ada petua tok nenek tentang masakan......kasi jerk.....nanti kita meeting meja bulat samada boleh terima atau nak masuk tong sampah jer petua tuh......hahahhahah
ok memandangkan aku type blog ni malam aku lum leh bagi lagi wat the first receipe....
tapi yang pasti resepi air tangan mak aku yang terhebat akan dikeluarkan untuk diCOPY oleh korang dan masak untuk husband husband atau wfe wife atau boypren atau girppren korang...up to u......
esok nantikan the first masakan forom my mom chiken rice (ops marah LINDA ONN) my mom iaitu.....

DAGING MASAK HITAM

Tuesday, June 15, 2010

bermulanya Sebuah Episod.......

hahhahahahha...

ketawa ini memang layak untuk aku.........dah bertahun orang bermain dengan blog...dan aku baru nak bermula.....malu dan segan........aku campak jerk ke tepi...sbb  aku perlukan sesuatu tika ini....ni pun kawan aku yang cadangkan...budak perempuan memang suka jiwang jiwang kat komputer....aku cuba cuba la pulak...kot kot problem aku leh selesai....ramaila yang cakap....dah banyak aku dengar.....blog leh hilangkan kebosanan kita.....itu memang satu hal...satu hal lagi....tak malu ker kita nak 'share-share' problem ngan owang ( kan dah kuar bhs msg) ...lantakla hangpa la...janji aku puas........huhu

k...sempena first time ni....aku harap korang leh ajar aku...support aku...kritik aku...........aku akan lakukan yang terbaik ( ayat skema dak-dak af )........

so....memandangkan aku tak berapa nak reti ..korang cadangla aku something...yer lorh...blog aku ni nak sembang pasal apa......bercakap tentang masalah dan kebobrokan sosial atau ekonomi negara( ayat mantap siot).....sembang sembang bab hiburan...atau sembang jerk pasal masalah...kumpul banyak banyak then try to solve it ( berbahasa omputih lak )


apapun...doakan blog ni hidup...tak mati kutu di pertengahan jalan.........